FAKTA MENARIK TENTANG DUIT KERTAS BARU MALAYSIA
Seperti yang sedia maklum, Bank Negara Malaysia baru sahaja melancarkan
duit syiling dan
duit kertas baru Malaysia
pada hari ini. Duit syiling akan mula digunakan pada awal tahun
hadapan manakala duit kertas akan mula digunakan dalam bulan Julai
2012. Wang kertas terbaru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang
memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan,
keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia
terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.
Berikut adalah beberapa gambar dan fakta menarik tentang
duit kertas baru Malaysia.
|
Wang Kertas baru Malaysia
Spesifikasi Teknikal Duit Kertas Baru Malaysia
|
Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi
RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu.
Mungkin berita gembira buatr kanak-kanak kerana mereka mungkin akan
dapat duit raya RM20 pada tahun hadapan. Berikut adalah sedikit
penerangan tentang duit kertas yang baru dilancarkan oleh Perdana
Menteri sebentar tadi.
Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi
|
Wang Kertas RM100 |
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara
yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan
Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang
dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah,
dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di
Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di
lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.
Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan
membanggakan Malaysia.
Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi
|
Wang Kertas RM50 |
Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi
dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan
boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara
yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah
satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.
Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian
nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai
tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan
perkhidmatan.
Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut
|
Wang Kertas RM20
Setelah
sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar
keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini
memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di
perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea).
Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan
kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit
yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.
Wang Kertas RM10 – Flora
Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii
yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies
asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan
Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan
sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum
Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
Wang Kertas RM5 – Hidupan Liar
Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros),
iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling
mengagumkan di dunia. Burung yang menarik, bersayap lebar dan berekor
panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di
seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara
tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi
Kenyalang’.
Wang Kertas RM1 – Sukan Tradisional
Wang kertas RM1 masih
mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut
tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan
tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan
Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara
untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat
tempatan negeri-negeri tersebut.
Sempena pengeluaran wang kertas baru
Malaysia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit kertas
peringatan yang dijual bermula pada esok hari, 22 Disember 2011 di
tempat-tempat yang terpilih.
|